Gelaran `Doktor' Datuk Che Rozmey Ditarik Balik....

Usahawan produk pelangsingan badan, Datuk Che Rozmey Che Din yang digantung keahliannya sebagai anggota Majlis Perubatan Malaysia, MMC, bertegas tidak akan membuat rayuan.
Ini kerana beliau tidak lagi mengamalkan bidang perubatan perbidanan dan sakit puan sejak tahun 2009.

DATUK CHE ROZMEY CHE DIN / PRESIDEN DR ROZMEY GROUP

"Ini doktor akur dan sedia dan telah mengalami pengantungan, hukuman, dan disebabkan doktor sudah tidak mengamalkan perubatan ini, sebagai pakar perbidanan dan sakit puan dari tahun 2008, jadi tak ada makna untuk doktor memohon untuk penggantungan ini dipercepatkan atau dimansuh".

Menurut beliau lagi, penggantungan itu tiada kaitan dengan jaminan keselamatan dan mutu produk kesihatan syarikatnya.MMC sebelum ini mengumumkan menggantung keanggotaannya selama dua tahun.Tindakan itu diambil selepas beliau didapati melanggar kod etika profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC turut mengesahkan gelaran doktor Datuk Che Rozmey ditarik balik serta-merta dan dilarang beroperasi sehingga tamat tempoh penggantungan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana