Gambar Ucapan Nasharudin Mat Isa 'langgar tembok'...

Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini.
 Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya."Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.Nasharudin mempersoalkan dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam.
Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah.Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud .Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini."Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya.

Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana