Fathul Bari Sangkal Kenyataan Dr.Asri Ulama Masuk Umno Hanyut ....Aduhhh Kerana Politik Islam sama Islam Pun Bercakaran....

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya. -Sinar Harian

Comments

Jil Fityan said…
Rasuah dan politik wang xde sape yang tuduh.. tapi ia di iyakan oleh Mahathir.Malah telah diakui oleh ramai lg pmimpin akar umbi UMNO.. adakah ini tuduhan tnpa asas atau realiti? Sla baca si disini dr komentar Mahathir sendiri di blog nya :: http://chedet.cc/blog/?p=134 ..

ini pula kenyataan video Mahathir berkenaan Politik wang dlm UMNO

https://www.youtube.com/watch?v=pl5N__8VcJs

Ini pula pengakuan daripada Jabatan Penerangan Malaysia dan pengakuan Najib sendiri bhwa wujudnya politik wang dalam Umno..

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/1826-politik-wang-menjelang-pemilihan-umno.html

dan ini bukti lain yg mengatakan kes pelantikan dn pertembungan Khairy dan Mukhriz melibatkan politik wang..

https://www.youtube.com/watch?v=W2HT1EXgmGs

Apakah Fathul Bari sengaja menutup telinga dan memekakkan telinga dengan semua bukti2 ini? Dengan semua bukti ini, maka apa yang DR MAZA hujahkan memang adlah kebenaran.. mmg dalam UMNO wujud rasuah san politik wang.

.Fathul Bari ..syg sekali.. ko hanyalah puppet dalam Umno..Tapi malangnya ko masih x sedar ko diperbodohkan dalam UMNO.. hinggalah ke saat ini masih mahu menjadi benteng UMNO.. bertobatlah Fathul Bari.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana