Fathul Bari Persoal Motif Asri Serang ILMU

Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin sejak kebelakangan ini dilihat begitu agresif melontarkan pandangan dan kritikan terhadap Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU). Perbezaan pendapat antara keduanya dilihat semakin ketara bila mana ILMU mengeluarkan pandangan menolak demostrasi jalanan sebagai satu pendekatan yang diterima Islam.Berbeza dengan Dr Asri yang mengeluarkan pandangan menyokong perkara tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Ilmuwan Malaysia, Dr Fahthul Bari ketika diminta mengulas perkara tersebut mempersoalkan motif kenyataan tersebut.
“Saya tak paham apa dia (Dr Asri) punya motif dan apa dia punya tujuan. Saya kira saya tak mahu cakap dan membuat andaian bagi mengelakkan saya membuat tanggapan buruk kepada saudara se-Islam saya” katanya.
 
Ketika diminta mengulas mengenai idea penubuhan ILMU suatu ketika dahulu, beliau menjelaskan ia adalah merupakan cadangan Dr Asri sendiri.“Ya, dia adalah mastermind, untuk penyertaan ulama dan ilmuwan muda ke dalam Umno, dia antara orang yang memberikan cadangan awal dan mengharapkan ilmuwan-ilmuwan bersama-sama dengan Umno. Itu memang idea beliau yang saya tidak menafikan”Walau bagaimanapun Dr Fathul turut mengatakan ILMU telah ‘diserang’ dengan pelbagai tuduhan dan kritikan secara berterusan dan ia adalah merupakan satu perkara yang keterlaluan.“Berlaku keganjikan, penyertaan kita (ILMU) ke dalam Umno, bahawasanya (mengharapkan) ia akan memberikan impak yg positif kepada poltik negara. Tetapi akhirnya kita diserang oleh beliau (Dr Asri). Sehingga digambarkan sebagai pengampu, ulama kerajaan, bahaya dan hal yang sewaktu dan seumpama denganya.
 
“Jadi kita melihat perkara tersebut telah keterlaluan, kita menjawab dengan beberapa patah perkataan, dan wallahualam, mungkin beliau sendiri merasa kecil hati dengan kenyataan tersebut sehingga berlaku cabar mencabar, debat dan sebagainya.Dr Asri juga dilihat seolah-olah ‘menyindir’ ILMU di dalam halaman twitter beliau, kerana tidak hadir di dalam program debat anjuran Sinar Harian beberapa hari yang lalu.“Terima kasih Sinar Harian atas Wacana Ulama dan Penguasa semalam. Dukacita Ulama Muda tak hadir. Apapun Alhamdulillah (program) berjalan baik” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana