Diskaun 50 peratus tiket KTMB komuter mulai 1 Nov....

Warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah layak mendapat diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTMB Komuter untuk tempoh setahun mulai 1 November ini hingga 31 Oktober tahun depan.Naib Presiden Eksekutif Perniagaan KTMB, Sarbini Tijan berkata pemberian diskaun itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 dan sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat.Bercakap dalam sidang media di Kuala LUmpur Khamis, beliau berkata kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak mendapatkan kemudahan diskaun itu dan warganegara yang memiliki kad ini boleh membeli tiket dengan harga diskaun 50 peratus di semua stesen KTM Komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia bersama-sama kad pengenalan mereka.

Sarbini berkata seorang warganegara hanya boleh memiliki satu kad komuter 1Malaysia dan pengeluaran kad itu melibatkan caj RM1 sementara borang permohonan mendapatkan kemudahan diskaun dan kad komuter 1Malaysia itu boleh dibuat di semua stesen komuter dan laman web KTM http://ktmb.com.my mulai sekarang.Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan kad komuter 1Malaysia ialah KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana