DAP Lebih Baik Dari UMNO – Kenyataan Husam Musa Memalukan

Kenyataan Husam Musa yang mendakwa bahawa Parti DAP adalah lebih baik dari UMNO disifatkan satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ahli politik yang beragama Islam, apatah lagi yang menjadikan parti politik Islam sebagai platform karier politiknya.di mana asasnya kenyataannya yang mengatakan bahawa DAP itu lebih baik dari UMNO, sedangkan parti tersebut secara jelas tidak memperlihatkan sikap yang lunak terhadap Islam, bahkan seringkali mengkritik dan memperlekehkan ajaran dan undang-undang Islam.“Dari sudut apa Husam membandingkan antara DAP dan UMNO, sehingga mengatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Apa jasa DAP di dalam negara, selain terlibat dalam mencetuskan sejarah huru hara negara dalam peristiwa 13 Mei. Dari dasar dan prinsip politik pula, DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mendukung kuat fahaman sekular dan menolak pengamalan Islam di dalam negara.
“Perjuangan DAP amat jelas dengan menolak sebarang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka juga cuba untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, serta cuba memutar belitkan sejarah seperti mana yang berlaku di Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Malah, janji-janji DAP yang kononnya akan menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat miskin, hanyalah satu pembohongan semata-mata untuk meraih kuasa, kerana sehingga hari ini, tiada rakyat miskin yang terbela di bawah kepimpinan DAP di Pulau Pinang,”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana