Chong Wei sah sunting Mew Choo

SELEPAS 11 tahun jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berpacaran dengan Wong Mew Choo, akhirnya kedua-dua pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada November depan.
Begitupun, tarikh rasmi perkahwinan tersebut masih belum dimaklumkan memandangkan Chong Wei masih berada di Odense dan baru mengakhiri misinya pada Kejohanan Badminton Siri Super Primer Terbuka Denmark kelmarin dengan muncul juara.Sebaliknya, abang Chong Wei, Lee Chong Hoon sekadar memberitahu, majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan tersebut akan diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 dan 10 November depan.

Jelasnya, majlis pada 9 November nanti akan melibatkan lebih kurang 1,000 jemputan terdiri daripada tetamu kehormat dan antara yang diundang ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa menteri Kabinet serta ahli-ahli korporat dari dalam dan luar negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana