Billboard MB Perak dan PM disimbah cat merah...Apa Salahnya Pemimpin Ni?

Pekan Sitiawan serta sekitar Manjung Isnin heboh dengan kisah billboard di tiga lokasi tertera wajah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang diapit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi sasaran perbuatan khianat.Billboard berkenaan adalah untuk kempen 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir.'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Datuk Zamri Man memberitahu vandalisme itu dilakukan pada billboard di persimpangan Venice, di hadapan bangunan MPM dan Tesco Jalan Ipoh-Lumut.Berikutan kejadian ini Ketua Bahagian Khidmat Komunit dan Masyarakat MPM Helmi Ariffin di Ibupejabat Polis Daerah Manjung pada jam 10 pagi Isnin.
“Pihak MPM juga telah menyerahkan satu rakaman CCTV kepada pihak polis mengenai kejadian dan kami difahamkan ada dua suspek menaiki motosikal bertanggungjawab dalam kejadian ini. Apa pun kita tunggu pengesahan daripada pihak polis,” katanya.

Rakaman CCTV tersebut diperolehi ketika suspek sedang berada di Tesco.Katanya berdasarkan rakaman CCTV tersebut, difahamkan kejadian berlaku di antara jam 3.04 hingga3.45 pagi Isnin dengan lokasi pertama sasaran suspek di simpang masuk Venice.“Suspek kemudiannya bergerak ke Tesco sebelum ke lokasi berhadapan MPM. Mereka mengambil masa lebih kurang 30 hingga 40 saat,” katanya.Insiden terbaru ini agak extreme kerana pihak terbabit menggunakan kata kesat yang berunsur ugutan ditulis di salah satu billboard.Perkataan yang tertulis di dalam bahasa Cina itu jika diterjemah dalam ke dalam bahasa kebangsaan berbunyi begini: "You must be careful or else I fuck you"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana