Belok kiri walaupun lampu merah....ARahan Dari DBKL

KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.
Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana