Bas mewah PKR RM150,000 sebulan?Perghhhh....Habis Duit Rakyat

PETALING JAYA: Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) hari ini menyatakan minat mereka untuk mengetahui identiti pihak yang membayar ansuran bulan bas mewah yang digunakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi jelajahnya.

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan media hari ini berkata, isu bas mewah terus menghantui Men...
teri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini ialah bas yang bernilai RM900,000 itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor telah membuat pengumuman pada Ogos lalu, bahawa bas mewah untuk kegunaan PKR itu disewa dan diuruskan oleh Abdul Khalid.

“Abdul Khalid kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI Incorporated”.

“Kalau benar yang bas itu disewa daripada Abdul Khalid kepada PKR untuk kegunaan Anwar, kami ingin tahu berapa kadar sewaannya setiap bulan,” katanya.

“Kalaulah benar bas ini dibeli secara sewa beli selama enam bulan seperti yang diuar-uarkan oleh MB, kami ingin bertanya siapakah yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM150,000 (RM150,000 x 6 bulan = RM900,000) kepada pihak bank itu.

Menurut Hamidzun lagi, pihaknya yakin gaji MB sebanyak RM20,000 sebulan jauh dari kemampuan untuk beliau membayar ansuran sebanyak RM150,000 sebulan itu.

“Jadi siapa yang bayar atau syarikat mana yang membayar ansuran ini? Kenapa mereka bayar bagi pihak MB?,” soal beliau.

Tegas beliau, “rakyat Selangor mahu jawapan yang pasti dari Menteri Besar. Rakyat Selangor juga menuntut kebenaran dan keadilan dari siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana