Azmin perlekeh Mustapa Ali di twitternya....

Isu teguran, ingatan atau 'warning' dari Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapa Ali terhadap kenyataan orang kuat PKR Azmin Ali buka babak baru semalam selepas Azmin buat komen yang pedas di twitternya.Dalam jawapan kepada satu pertanyaan mengenai kritikan Mustapa itu, Azmin dalam nada menyindir berkata, "faktor usia menyebabkan beliau keliru dan cepat melatah,".
Sebelum itu, seorang pengguna tweet dengan nama @hisomudin komen dengan berkata "Mustapha Ali ali dakwa YB akn mengelirukn rakyat behbg MB Selangor. Kenyataan beliau lagi mengelirukn! Just my opinion!" tulisnya.Selain itu, Azmin juga RT tweet Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohamad Akin yang menyindir Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.
Kata Shamsul,"RT @shamsuliskandar: Faekah tdak perlu melatah; yg memilih kerajaan & Menteri Besar ialah rakyat ! Pemimpin bebas berikan pandangan. "Kenyataan tersebut mungkin merujuk kepada kenyataan Faekah yang disiarkan sebuah portal berita.
Faekah dilaporkan menyoal bidang kuasa Azmin Ali dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.
“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu?” kata Faekah.Azmin sebelum ini dilaporkan berkata Khalid Ibrahim 'sesuai' memegang jawatan Menteri Persekutuan jika PR mengambil alih Putrajaya.

Inilah cara pembangkang saling kutuk mengutuk dan merendahkan antara mereka sendiri...inikah caranya untuk memerintah negara.....sungguh dahsyatnya perangai dan sikap yang ditunjukkan...Kerana untuk berkuasa saling tolak menolak dan jatuh menjatuh.....teruknya....pembangkang ni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana