Arahan pertukaran Datuk Bandar PJ proses biasa...Apa Masalah Kerajaan Selangor Ni?

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa berkata arahan pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman sebagai Ketua Unit Perancangan Ekonomi Selangor oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkuatkuasa Isnin lepas merupakan proses biasa yang berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan dan tidak seharusnya dijadikan isu.
Katanya, ini kerana Mohamad Roslan masih lagi berkhidmat di dalam negeri Selangor dan pertukaran dilakukan bukan semata-mata untuk mengisi kekosongan jawatan tetapi juga bagi tujuan kenaikan pangkat.
Justeru, penangguhan selama sebulan itu juga bagi membolehkan Mohamad Roslan menyelesaikan tugas-tugas beliau di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
“Isu seperti ini adalah pertukaran pegawai-pegawai persekutuan.
“Pertukaran pegawai-pegawai persekutuan ini berlaku dalam negeri-negeri tertentu, jabatan-jabatan persekutuan ataupun dalam negeri-negeri berkenaan juga adalah perkara biasa,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pihak tertentu yang mengatakan beliau membelakangi Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota Exco kerajaan negeri dalam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya itu.
Media pada Rabu turut melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju untuk menangguhkan selama sebulan pertukaran Mohamad Roslan ke jawatan barunya bagi membolehkan beliau menyelesaikan tugas yang tertangguh di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ujar Ali, keputusan itu juga dibuat hasil perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi.
Menurut Ali, JPA juga akan memberikan nama calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Mohamad Roslan sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya kepada Mohamed Khusrin.
Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan bahawa terdapat penjawat awam menerima wang sogokan daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi mendapatkan maklumat rahsia negara, Ali berkata beliau akan mengarahkan JPA untuk menjalankan siasatan.
"Oleh kerana ianya masih dakwaan, saya akan minta JPA dan lain-lain agensi untuk melihat sama ada dakwaan seperti ini benar atau tidak. Jika ada kebenaran tindakan akan diambil terhadap pegawai yang terlibat" katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana