Apa....Yuna dirompak di Amerika Syarikat


 SHAH ALAM: Penyanyi musik indi Malaysia, Yunalis Zarai atau Yuna baru-baru ini dirompak di Amerika Syarikat.Beliau yang berkongsi maklumat melalui laman Twitter menjelaskan kesemua peralatan musik yang disimpan di dalam van siri jelajah konsert di negara itu lesap.

Namun beliau bernasib baik kerana tidak berada di tempat kejadian ketika rompakan berlaku.
Yuna menerusi perbualan teks bersama ibunya berkata, selain peralatan musik, perompak turut melarikan T-shirt yang turut berada dalam van berkenaan."Alis kesian budak-budak band je. Yang best nya tshirt2 yuna pun diorang curi. so no tshirt for you all (tiada tshirt untuk anda semua)," memetik teks yang dimuat naik di Twitter.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terukir Di Bintang kini sedang mengadakan jelajah di negara Uncle Sam itu mempromosikan musiknya termasuk di Settle, Amerika Syarikat tempat kelahiran musik 'grunge'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana