Apa!!!!!Aziz Bari bertanding di parlimen Sabak Bernam?


 SHAH ALAM: Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mewakili Pakatan Rakyat atas tiket PKR di kerusi parlimen Sabak Bernam.

Bagaimanapun bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berkata walaupun masih belum secara rasmi namun beliau telah turun menemui pengundi di kawasan majoriit Melayu itu.kawasan Sabak Bernam merupakan tempat kelahiran beliau.

"Benar saya akan bertanding, saya sekarang adalah ahli politik sepenuh masa. Saya telah ditunjuk untuk mewakili PKR di kawasan parlimen Sabak Bernam.

"Walaupun itu belum rasmi, saya telah turun ke kawasan yang secara kebetulan adalah kampung halaman saya," ujarnya.

Parlimen Sabak Bernam mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang dan Sekinchan.

Tiga daripada empat kerusi DUN tersebut disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad (Sungai Air Tawar) dan Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang) - masing-masing menewaskan calon PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

Manakala kerusi DUN Sekinchan dipegang ahli DAP, Ng Sue Lim.

Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari Umno di Parlimen Sabak Bernam dengan perbezaan 5,348 undi.

Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi.

Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, Datuk Abdul Rahman Bakri dari Umno menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi.

Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25 peratus adalah Melayu, 13.61 peratus adalah Cina, 5.12 peratus adalah India dan 0.02 peratus lain-lain.

Abdul Aziz pernah mencetus kontroversi apabila mengulas tindakan Sultan Selangor bersabit pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang sering muncul di pentas pembangkang digantung tugas sebagai pensyarah sebelum mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Abdul Aziz berkata persekitaran kampus dan keadaan politik semasa mengekang beliau untuk sebagai pensyarah dalam memberikan pandangan secara bebas dan berilmiah mengenai isu-isu penting.

Comments

usin said…
mesti menang punyalah kalau azizbari lawan kt sabak bernam. pakar taraf propesor, bab undang2 pulak tu. bukan calang2 org azizbari ni. bodoh la kalau org sabak bernam tak undi dia. tapi soalnya, cerdik ke kalau undi azizbari utk pilih pkr jadi wakil? haaa.... pening lg org sabak bernam, tanah tumpah darahku...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana