Akhirnya Dr Hasan Ali 'sentuh' Nik Aziz...Meletup Nik Aziz Dibuatnya

Rasanya Datuk Dr Hasan Ali sendiri tahu pandangan terbarunya terhadap bekas partinya,PAS yang kini bergegar dengan isu kritikan terbuka Nasharudin Mat Isa dan Prof. Datuk Dr Shahnon Ahmad mengenai hubungan dengan DAP.Cuma berbeza dengan pendekatan masa lampau,bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor telah melangkah setapak lagi ke depan.Dulu beliau lebih menghalakan senapangnya kearah apa yang digelarnya golongan parasit dalam PAS namun kali ini sasarannya ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri.Dalam kenyataan terbaru yang disiarkan di laman facebooknya Dr Hasan secara terbuka meminta Musyridul Am PAS itu letak jawatan.Kalau disemak balik sejak berpisah dengan parti itu tidak lama dulu,beliau tidak pernah 'sentuh' Nik Aziz dalam bentuk yang kritikal begini.
Kalangan yang rapat dengan ADUN Bebas Gombak Setia kata selama ini beliau masih ada menyimpan rasa 'segan silu' terhadap beberapa pimpinan utama PAS khususnya Menteri Besar Kelantan itu.Dr Hasan mungkin mempunyai sebab tersendiri yang mendorong beliau terpaksa bersuara selantang itu.Dari kenyataanya jelas sekali beliau ingin turut bersuara mempersoalkan ketaksuban Musyridul Am PAS itu dalam bersekongkol dengan DAP.
Jangan kata Dr Hasan,siapa saja yang berfikiran rasional akan merasa konflik jelas terpampang dalam kenyataan Nik Aziz mempertahankan pakatan politik PAS dengan parti yang terang-terang tidak dapat menerima matlamat perjuangan asalnya.
Siapa yang tidak hairan kalau Menteri Besar Kelantan itu boleh kata DAP tidak pernah menganggu PAS sedangkan beliau pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud.
Apakah Nasharudin,Dr Shahnon dan Dr Hasan sudah masuk dalam golongan yang 'hilang akal'?
Jawabnya tentu tidak.Bila igauan bayang-bayang Putrajaya sudah meresap ke jantung hati segalanya sudah jadi kabur.Matlamatnya semata-mata politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana