Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur....HUra Hara Kedah Dibuatnya?

ALOR SETAR - Ekoran tiada maklum balas susulan demonstrasi aman dan penyerahan memorandum mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir melepaskan jawatannya, 5 September lalu, satu lagi demonstrasi aman diadakan di hadapan Wisma Darul Aman, hari ini.

Protes aman kali ini disertai wakil semua Ahli Majlis seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, masing-masing membawa sepanduk Desak SUK Kedah letak jawatan.

Tiga tuntutan dibangkitkan kerana mendakwa Rasli mencabuli undang-undang Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan hal ehwal perlantikan Yang Dipertua (YDP) PBT.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mobilasi Isu Akta Pencabulan Akta 171, Basir Ismail berkata, Ahli Majlis seluruh negeri Kedah sebulat suara mahu Rasli meletakkan jawatannya secara sukarela.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk, tindakan mencabuli akta berkenaan menyebabkan imej Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kedah tercemar, menjatuhkan maruah Pegawai Tadbir Negeri (KCS) serta tidak menghormati bidang kuasa Menteri Besar dan Exco.

“Kami mahu sampaikan mesej yang jelas kepada Exco dan Menteri Besar. Kita sudah serahkan memorandum sebelum ini namun tiada tindakan diambil, kita tengok apa tindakan bersesuaian dan bincang,” katanya.

Basir yang juga Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) berkata, pihak yang mempertikai tindakan mereka disaran meneliti Seksyen 10 dan 11 akta itu supaya memahami situasi sebenar.

Pada 5 September lalu, lebih 50 terdiri daripada Ahli Majlis MDKP, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan aman di hadapan Wisma Darul Aman, membantah pertukaran Pegawai Daerah, yang juga Yang Dipertua MDKP, Ahmad Fisol Mohd Nor, selain mendesak Rasli melepaskan jawatannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana