Aduhhhh...Ada Hati Mahu Menjadi Menteri Besar Jikalau Perangai Bergini Rupa.....

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Selangor berkemungkinan bakal menerima Menteri Besar yang baru jika Pakatan Rakyat diberi kepercayaan mentadbir Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, Tan Sri Khalid Ibrahim bakal dihantar ke Putrajaya bagi memperkukuh pentadbiran Putrajaya pada masa itu.

“Keputusan berkenaan kemungkinan dibuat dengan menggabungkan pelbagai kemahiran dan keupayaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan lancar. Tidak ada sesiapa pun boleh menentukan kedudukannya hari ini sehingga keputusan PRU 13 diumumkan,” katanya kepada pemberita hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut menjelaskan, keputusan tersebut dicapai setelah melihat rekod kecemerlangan Khalid Ibrahim dalam pentadbiran Negeri Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malah beliau mengesahkan pimpinan ketiga-tiga parti pembangkang itu dalam peringkat perbincangan secara lebih terperinci untuk menukar jawatan tertinggi pentadbiran Negeri tersebut jika Pakatan memperolehi kemenangan majoriti pada PRU13 nanti.Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar yakin bahawa gabungan Barisan Nasional (BN) akan merampas kembali negeri tersebut dengan memenangi 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana