Tengku Adnan Yakin Pengundi Cina Sokong BN.


GEORGETOWN - Umno yakin masyarakat Cina akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) kerana mereka percaya hanya parti itu mampu memberi kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat terutama generasi akan datang. Setiausaha Agung, Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, masyarakat Cina mahukan negara yang dapat memberi jaminan kemajuan kepada mereka khususnya dalam bidang perniagaan dan pekerjaan. "Hanya BN yang dari dahulu menyediakan peluang itu, saya percaya orang Cina akan sokong BN untuk menjamin kesenangan dan keamanan kepada mereka sehingga ke anak cucu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu. Tengku Adnan turut mengingatkan anggota Umno bahawa BN merupakan sebuah struktur parti yang lengkap serta teguh dan seharusnya dipertahankan sampai bila-bila.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana