Takut bubar DUN serentak... Alasan BODOH ANWAR Memang Pun BODOH

Kongkalikong kerajaan pimpinan PKR di Selangor yang tidak mahu buat pilihanraya DUN serentak dengan kerajaan pusat jika Parlimen dibubarkan awal membayangkan ketakutan mereka menyerahkan mandat kepada rakyat.Jika sebelum ini dalam kes di Perak selepas kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR 'runtuh' berikutan tiga ADUN pembangkang menyertai BN, Pakatan Rakyat riuh suruh serah mandat pada rakyat tentukan kerajaan, kini di Selangor sebaliknya.Anwar bagi alasan paling bodoh kata DUN Selangor tidak akan dibubarkan selagi daftar pemilih tidak bersih sepenuhnya.Dalam masa yang sama, dia kata PR yakin tawan Putrajaya... aik daftar pemilih SPR untuk DUN dan Parlimen sama saja, apasal DUN kata tak bersih, tak mahu bubar, untuk Parlimen boleh pulak?Kalau pakai logik Anwar, sebab daftar pemilih tidak bersih maka tidak mahu bubar, maka patut untuk pilihanraya Parlimen pembangkang tidak bertanding langsung.

Buat protes, ada berani?

Soal daftar pemilih hanya alasan Anwar sahaja sebab SPR selaku pengendali pilihanraya sudah berkali-kali pamer nama-nama yang mencurigakan untuk dilihat dan dibantah tetapi PR tidak buat apa-apa kecuali berdemontrasi.Apa yang Anwar mahu SPR buat terhadap nama-nama yang mencurigakan tersebut? buang begitu sahaja? mana peruntukan undang-undang hendak guna? bagaimana jika nama yang dimaksudkan itu merupakan pengundi yang sah?Lagi pula, bukankah kali ini SPR sudah memperkenalkan dakwat kekal untuk setiap pengundi, seperti yang dituntut pembangkang sebelum ini, jadi apa masalah lagi?Bagi yang arif dengan kenyataan politik seperti ini, hanya satu alasan sahaja kenapa Selangor takut hendak bubar DUN bersekali dengan kerajaan Pusat, pembangkang tidak yakin menang semula di negeri tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana