Suspek Pijak Gambar Dan Tonggeng Bontot PM Mohon Maaf Secara Terbuka....Macam Terpaksa Jer


BATU PAHAT 7 Sept. - Suspek yang bertindak memijak gambar Perdana Menteri hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia. Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang merupakan pelajar sebuah Kolej swasta sekitar Cheras menyatakan kekesalannya terhadap insiden yang diperlakukan beliau dan berjanji tidak akan sama sekali mengulangi perbuatan tersebut. Dalam pada itu, Ammar turut menafikan dakwaan bahawa dirinya dibayar untuk melakukan aksi menghina gambar Perdana Menteri dari mana-mana pihak akan tetapi melakukan atas kerelaan sendiri ketika menyertai bersama beberapa rakan peserta yang lain. Ammar yang merupakan salah seorang peserta Perhimpunan Janji Demokrasi telah dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berkenaan perlakuan tersebut. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaannya untuk memaafkan perbuatan Ammar susulan permohonan yang disampaikan menerusi bapa suspek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana