Siapa teras pembangkang...PAS,PKR atau DAP?


"Barisan Nasional, terasnya Umno. Pembangkang siapa terasnya?, PAS, DAP atau PKR?. PKR lemah, kalau sekiranya mereka bergabung, DAP dapat banyak kerusi, adakah orang Melayu dapat bergantung harap kepada DAP? Persoalan ini dilontarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi ingatan beliau bahawa pilihan raya umum ke-13 nanti bukanlah sebarang pilihan raya tetapi penentu kepada survival bangsa Melayu. Beliau bimbang sekiranya kerajaan sedia ada kini digantikan pasti sesuatu yang buruk akan menimpa bangsa Melayu. Katanya "DAP tidak ada rasa senang hati terhadap kedudukan orang Melayu dan orang Islam...hati perut tak sama dengan kita (BN)."
Berucap pada majlis penutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan di Pekan Sabtu beliau berkata orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN yang akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama
Najib menegaskan pilihan raya umum ke-13 ini bukan sekadar soal menang atau kalah tetapi soal survival orang Melayu dan tanah air .
Dalam pada itu, Najib berkata anggota Umno perlu memperkukuhkan kekuatan dan tidak sesekali berpecah apatah lagi selepas calon parti bagi pilihan raya umum ke-13 diumumkan nanti."Yang penting sekali bukan individu tapi parti, perjuangan mesti diteruskan, kalau parti kalah, tirai akan jatuh, kita akan lihat masa depan tidak menentu," katanya.Beliau berkata dengan izin Allah s.wt, kejayaan pasti dapat dicapai sekalipun berdepan dengan apa juga cabaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana