Sial Betul Manoharan Ni Yer....Nasha jangan sentuh hal DAP dan PKR..


SHAH ALAM: DAP memberi amaran kepada Nasharudin Mat Isa supaya tidak mengheret parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) lain berkaitan isu-isu dasar yang tidak dipersetujui dalam PAS.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, M. Manoharan berkata tindakan sedemikian hanya akan memburukkan imej parti itu sendiri."Saya rasa Nash (Nasharudin) tidak perlu menyentuh tentang hal-hal DAP atau PKR..dia boleh sentuh hal-hal dalaman PAS itu dia punya suka..pimpinan PAS boleh mengambil tindakan keatas beliau sebab DAP tidak boleh mengambil tindakan terhadap Nash, dia bukan ahli parti kita."Tetapi apa yang kita minta itu sesuatu parti dalam Pakatan Rakyat tidak boleh mengheret parti lain ke dalam masalah mereka ataupun kutuk dan kritik parti-parti Pakatan Rakyat itu saya rasa tidak senonoh dia punya semangat perjuangan.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah menjelaskan bahawa Pakatan tidak pernah menyekat mana-mana pemimpin untuk mengeluarkan kenyataan tetapi perlu beretika."Walaupun kita menghormati kebebasan bersuara tetapi ia mesti terhad kepada parti mereka..itu pandangan saya," ujarnya.Ditanya sama ada Nasharudin akan menjadi "bebanan" kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, beliau menafikannya."Saya rasa Nasharudin tidak akan jadi bebanan yang besar sebab di Parlimen (Bachok) pun, pencapaian Nasharudin tidak begitu ketara, dia diam sahaja..tidak begitu menonjol di kalangan Ahli Parlimen PAS yang lain..jadi saya rasa dia tidak akan jadi satu ancaman kepada Pakatan Rakyat," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana