Semakin Ramai Membuat Laporan Polis : Hina PM & Jalur Gemilang


KUALA LUMPUR 4 Sep – Pertubuhan politik dan organisasi bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak polis mengambil tindakan terhadap individu yang berkelakuan biadap pada Perhimpunan Janji Demokrasi pada 30 Ogos lalu. Ketua Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Bahagian Ampang, Datuk Thajudeen Mohideen berkata Tindakan tersebut perlu kerana kelakuan tersebut jelas menggugat keamanan dan ketenteraman melalui emosi serta perasaan terhadap negara ini. "Pelaku tersebut (kibar bendera lain) perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung kelakuan biadap sekumpulan individu pada malam diambang Merdeka bulan lalu. Tambahannya lagi, satu tindakan yang tidak bertamadun dengan menunjukkan punggung dikhalayak ramai adalah satu perbuatan kebudak-budakkan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penyanyi Pemuzik-Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) , Datuk M. Daud turut berkata, kejadian yang berlaku (memijak serta menayang punggung) merupakan satu penghinaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor," katanya. "Perbuatan mereka terang-terangan berlawanan dengan falsafah yang disokong dalam Rukun Negara yang ke-5 iaitu Kesopanan dan kesusilaan." katanya. Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, tindakan tidak bertamadun itu melampaui batas kerana tidak menghormati pemimpin di negara ini yang dipilih secara demokrasi. "Pihak kementerian dan polis perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelaku tersebut," ujarnya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana