Sekinchan Ikan Bakar merayu hentikan boikot ...Perghhh Teruk Sekali Yer

SHAH ALAM: Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang didakwa gagal mendapat sambutan ekoran harga makanan yang melampau merayu kepada orang ramai agar berhenti memboikot gerai makanan berkenaan.

Melalui 'newsletter' yang dikirimkan menerusi emel kepada orang ramai, dipercayai pengurusan restoran berkenaan meminta maaf ke atas layan sebelum ini sambil memohon rasa simpati agar dapat meneruskan perniagaan.

"Bantulah kami untuk maju semula. Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati.

"Jangan lah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah dan kami Cintai," memetik salinan emel yang dikirimkan kepada laman blog Anak Sungai Derhaka.

Pemilik restoran tersebut yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini pernah bertindak sebagai penganjur protes Bersih 4.0 yang dibuat susulan bantahan terhadap perhimpunan 'duduk dan bantah' BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Menurut Jamal, protes berkenaan bertujuan memperjuangkan hak golongan peniaga yang didakwa mengalami kerugian akibat bandaraya Kuala Lumpur ditutup pada hari berkenaan.

Beliau turut menawarkan ganjaran berupa kereta Lamborghini dan BMW melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan' di Facebook untuk dimenangi pengunjung laman sesawang terbabit.

Ekoran itu, beliau yang juga ahli Umno bahagian Tanjung Karang dikecam pelbagai pihak terutama pro Pakatan Rakyat justeru mengakibatkan Restoran Sekinchan Ikan Bakar seluruh Lembah Klang diboikot.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana