Samseng Buat Kecoh,Ingat.... Ini Malaysia Bapak Kau Punya Ker

IPOH: Tindakan sekumpulan samseng memporak-perandakan sebuah restoran kerana enggan membayar makanan yang dijamah, di sini, malam kelmarin, menyebabkan penilik restoran berkenaan tergamam.Dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, kumpulan samseng terbabit telah bertindak merosakkan kelengkapan seperti kerusi dan meja makan yang terdapat di restoran berkenaan.
Pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Pang, 40-an memaklumkan, pada awalnya, kumpulan itu datang ke restorannya untuk makan malam dengan menaiki beberapa buah kenderaan.

Menurutnya, seorang lelaki dari kumpulan itu kemudiannya memesan sajian steamboat bersaiz besar dan pekerja saya mengambil pesanan itu serta melayan mereka sepertimana pelanggan lain."Di samping steamboat, mereka turut memesan 20 botol minuman keras bersaiz besar."Saya tiada di restoran ketika kejadian dan isteri serta pekerja saya mengambil alih tugas untuk melayan pelanggan," katanya.Pang berkata, pekerjanya telah membawa bil makanan berjumlah RM500 kepada kumpulan terbabit memandangkan masa operasi restorannya hampir tamat."Kumpulan berkenaan berpura-pura mabuk dan enggan melayan pekerja saya, kemudian mengamuk dan sengaja menendang meja makan serta kerusi. Mereka turut berteriak serta memecahkan botol minuman keras sambil mengugut mahu membunuh pekerja saya.

"Pekerja saya lari menyembunyikan diri kerana takut dicederakan, sementara isteri saya yang berada di tingkat atas ketika itu menghubungi pasukan sukarelawan polis untuk bantuan," katanya.Tambahnya, seramai 10 anggota sukarelawan polis tiba di restoran berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan dan kumpulan terbabit melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran anggota sukarelawan polis.Katanya, laporan polis telah dibuat pada hari sama dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengesahkan ada menerima laporan daripada mangsa serta siasatan sedang dijalankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana