SAMBUTAN MERDEKA- ISTANA PERSOAL KERAJAAN SELANGOR JEMPUT ANWAR...

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan Kerajaan Negeri menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri, Khamis lalu, kata Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Beliau berkata, ia menimbulkan tanda tanya kepada Tuanku memandangkan program tersebut adalah program rasmi Kerajaan Negeri.

“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik, mengapa dalam program sedemikian, Anwar, yang tidak berada dalam barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri menjadi tetamu kehormat. Ketua Umum PKR itu juga tidak memegang sebarang portfolio rasmi, kecuali sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang dilantik.

“Kebiasaannya, kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi Kerajaan Negeri, Menteri Besar ganti tempat baginda untuk beri ucapan dan sebagainya. Tetapi, mengapa Anwar dijemput dan berucap kali ini, sedang ini program rasmi, bukan program politik?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Munir, pada Khamis lalu, dilaporkan memberitahu, Sultan Selangor tidak dimaklum untuk mencemar duli turut merayakan sambutan kemerdekaan peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan di sini.

Tuanku hanya dijemput berangkat ke majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kelmarin.

Menurutnya, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri perlu memaklumkan kepada Sultan Sharafuddin selaku ketua negeri sebarang program atau majlis rasmi seperti kebiasaannya.

Mohamad Munir berkata, kehadiran Anwar pada program tersebut juga dibimbangi akan menimbulkan pelbagai persepsi tidak baik dalam kalangan rakyat.

“Mungkin rakyat tertanya-tanya, mengapa program rasmi sebegitu, Sultan tidak hadir, sebalik Anwar yang menjadi tetamu kehormat dan tampil berucap di pentas,” katanya.

Comments

kalau di teliti semula... ini bukan bakal Perdana Menteri tapi sebenarnya bakal Presiden Malaysia... dgn mengenepikan Sultan Selangor adalah sama dgn Negeri Selangor udah tak Bersultan lagi... hati-hatilah Melayu agenda DAP dan PKR ini amat bahaya...

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana