Salahguna dana rakyat amalan biasa PR Selangor.....


SHAH ALAM: Pengumuman kerajaan PKR Selangor untuk tidak menyertai pilihan raya umum mengukuhkan dakwaan bahawa pembangkang berhasrat menggunakan wang rakyat Selangor dalam usaha mempertahankan kedudukan politik di negeri itu.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan, mengambil contoh keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bersedia membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), dana rakyat Selangor sekali lagi akan menjadi mangsa.

"Itu memang hakikatnya dan mereka sudah pun melakukan perkara seperti itu, contohnya dalam kes Rafizi. Mereka menggunakan dana kerajaan negeri untuk membela dia, sedangkan apa yang dilakukan itu memang menyalahi undang-undang.

Justeru, Kamalanathan membidas sikap tidak bertanggungjawab Khalid terhadap kuasa dan amanah yang diberikan rakyat.

"Itukah kuasa yang beri rakyat kepada kerajaan negeri supaya kes-kes untuk menjaga kebajikan ahli-ahli parti dengan menggunakan dana kerajaan negeri. Tidak perlu pilihan raya, kita sudah nampak kerajaan menggunakan dana sumber kerajaan negeri untuk membela seorang yang telah melanggari undang-undang," tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana