Saifuddin Nasution Memang "BODOH ORANGNYA"Beri maklumat mengelirukan SPR

Apa punya Bodoh lah Saifuddin Nasution ni...Sering kali menuduh SPR bermacam macam untuk memburukkan nama baik SPR...inilah dipanggil Bengong akalnya.

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas parti pembangkang kerana didakwa memberi maklumat mengelirukan berhubung pengundi meragukan di Selangor dan dilakukan untuk mencemarkan nama baiknya dengan melabelkan pengundi asli sebagai pengundi meragukan.
Menurutnya, beliau amat kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution yang didakwa menggunakan sekeping gambar dan alamat surat-menyurat sebuah pondok di Gombak untuk menyokong dakwaannya mengenai 13 pengundi meragukan yang berdaftar menggunakan alamat tersebut.
"Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah. Gambar itu hanya fokus kepada pondok tersebut tetapi anda tidak melihat rumah kediaman.
"Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.
"Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.
"Ini tidak unik...terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut," katanya.
Saifuddin dalam program di Radio24 baru-baru ini dilapor mendakwa dan menunjukkan sebuah dangau (pondok) menjadi tempat untuk 13 pengundi berdaftar di Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Sehubungan itu, Aziz berkata, sebarang kekeliruan sepatutnya dirujuk kepada SPR terlebih dahulu dan bukannya membuat dakwaan di media.
Katanya, jika terdapat kekeliruan, SPR akan membetulkannya berdasarkan undang-undang sedia ada.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana