Rakaman Video Insiden Acu Pistol Pengawal Peribadi Anwar Tersebar...Habis lah Busuk Nama Pak Nuar

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat insiden seorang pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol ke arah sekumpulan lelaki di Melaka, Sabtu lalu selepas klip video itu tersebar di Internet.Klip video itu bercanggah dengan penafian Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Eksekutif Wanita Maisuri Zainal mengenai insiden tersebut.Beberapa pemilik blog pro Pakatan Rakyat seperti Addin tampil mempertahankan pengawal peribadi Anwar dengan menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan lelaki tersebut mengacukan pistol ke arah bawah.Bagaimanapun, penulis blog Jiwa Paradox menyiarkan rakaman video menunjukkan pengawal peribadi itu mengacukan pistol dari tempat duduk penumpang sebuah kereta Camry.

Rakaman bertajuk Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Ke Arah Orang Awam yang disiarkan Sabtu lalu telah ditonton 18,000 pengunjung pada petang Isnin.Seorang ketua kampung dalam kumpulan itu memberitahu bahawa pengawal peribadi itu mengacukan pistok ke arah orang ramai sebanyak dua kali.Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye menafikan dakwaan bahawa polis mengesahkan bahawa pistol milik pengawal peribadi itu diacukan kepada orang ramai."Siasatan sedang dilakukan," katanya.Bernama melaporkan bahawa Chua kemudiannya mengesahkan polis menerima satu rakaman video berdurasi kira-kira empat minit mengenai insiden yang berlaku pada pukul 6 petang, Sabtu lalu.Insiden itu berlaku dekat Kampung Rim di Jasin kira-kira pukul 3.40 petang hingga 4 petang, Sabtu.Beberapa lelaki dilaporkan mengangkat sepanduk apabila bas yang membawa Anwar dan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena program Jelajah Merdeka Rakyat melalui kawasan tersebut.Terdapat dakwaan bahawa tindakan sekumpulan lelaki tersebut yang cuba menghalang bas yang dinaiki Anwar menyebabkan salah seorang pengawal peribadi beliau bertindak mengacukan pistol.Enam laporan polis diterima mengenai insiden tersebut.
Seorang penulis blog berusia 29 tahun, Shahridhan Shaharan antara yang menyertai kumpulan itu berkata, pengawal peribadi Anwar mengacukan pistol ke arahnya.Pengawal peribadi berusia 37 tahun itu ditahan polis dan dibebaskan dengan ikat jamin selepas keterangannya diambil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana