PM umum kenaikan had umur persaraan pekerja TNB kepada 60 tahun

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini muncul sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia selaras dengan pelaksanaan Akta Sumber Manusia yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.
Selain itu, beliau turut mengumumkan dua lagi berita baik kepada warga TNB iaitu Lembaga Pengarah dan Pengurusan TNB bersetuju menaikkan kadar caruman KWSP majikan untuk pekerja TNB dalam tempoh umur 56 hingga 60 tahun.

Ini membolehkan mereka yang akan bersara dalam tempoh empat tahun lagi, menikmati manfaat daripada caruman itu, katanya.

"Dalam masa empat tahun, TNB akan naikkan sumbangan kepada pekerja, supaya persaraan nanti, jumlah dana KWSP bertambah dan mereka dapat mengecapi alam persaraan yang lebih selesa," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan warga kerja TNB di Kompleks Sukan TNB di sini, hari ini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana