PM ucap tahniah kepada pemenang pilihan raya kampus


KUALA LUMPUR 27 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini.Menyifatkan proses pilihan raya itu sebagai satu manifestasi berhemah, Perdana Menteri berharap para pelajar berkenaan dapat berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara."Tahniah kepada calon-calon yang menang dalam pilihan raya kampus baru-baru ini. Manifestasi demokrasi yang berhemah. Semoga berkhidmat dengan gigih untuk universiti dan negara," katanya menerusi laman Twitter malam tadi.
Pilihan raya kampus sesi 2012/2013, yang diadakan bagi memilih wakil pelajar baharu dengan mandat bertugas selama setahun, menyaksikan penguasaan calon proaspirasi apabila menang di sebahagian besar universiti di negara ini.

Sementara itu, dalam tweet berasingan hari ini, Perdana Menteri turut menyarankan agar nilai perpaduan dipupuk kepada rakyat pada usia yang masih muda.Beliau berkata kecintaan kepada negara akan datang secara semulajadi apabila seseorang itu menghargai keamanan."Pendedahan kepada nilai perpaduan patut dipupuk pada umur amat muda kerana kecintaan kepada negara datang secara semulajadi apabila kita menghargai perpaduan," katanya. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana