PKR Panas Bontot PERKASA dedah campur tangan asing - Tok Him


SHAH ALAM: Kebimbangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) tentang berlakunya campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia terbukti apabila Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mengakui bahawa pertubuhan itu menerima dana oleh beberapa organisasi luar negara untuk operasi mereka.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa PERKASA adalah pihak yang pertama di negara ini yang membangkitkan isu mengenai campur tangan asing ini sehingga mengakibatkan pertubuhan yang memperjuangkan hak kaum bumiputra dan Melayu itu tidak disenangi oleh Pakatan Rakyat, terutamanya PKR.

“Saya sudah dedah isu ini sudah lama. Banyak perkara yang PERKASA dedah dulu, kini menjadi bukti satu demi satu. Dulu yang dedah mula-mula (campur tangan asing) PERKASA, akhirnya kini menjadi kenyataan.

“Sebab itu sekarang ini mereka (Pakatan) gelisah dengan PERKASA. Dan PKR dan DAP yang mahu menggunakan orang melayu, tetapi PERKASA telah berjaya menjadi penghalang.

“Mereka pening dengan PERKASA sebab PERKASA menjadi penghalang kepada putar belit mereka untuk menjahanamkan orang Melayu. Untuk menggadaikan orang melayu demi kepentingan politik mereka,” tegas Ibrahim ketika dihubungi Antarapos.

Menurutnya lagi, akibat daripada kegelisahan PKR berhubung penentangan serta pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh PERKASA, telah mendorong mereka membuat pelbagai tuduhan palsu seperti kononnya PERKASA adalah ejen politik liar Umno.

Namun begitu, tuduhan-tuduhan tersebut disambut dengan gembira oleh Ibrahim kerana ia secara tidak langsung membuktikan perjuangan PERKASA selama ini tidak sia-sia.

“Dia nak tuduh dia tuduhlah sebab dia takda modal. Kemudian liar tidak liar berdasarkan kepada fakta dan bukti. Yang silap adalah pembangkang, yang menggunakan agen asing. Dan PERKASA menentang mereka, sebab itu mereka mengata kita liar.

“Saya gembira kerana dia kata kita liar sebab kita menentang politik fitnah dan jahat oleh PKR, oleh Barisan Pembangkang. Jadi dia ketandusan modal sekarang ini, jadi dia menuduh macam-macam.

“Jadi ini juga membuktikan bahawa PERKASA kuat, maknanya PKR telah mengiktiraf kewujudan PERKASA sehingga mereka merasa begitu terancam dengan PERKASA. Maka sebab itu mereka menuduh. Kalau perkasa tidak kuat, tentulah mereka tidak ambil peduli, tindakan menuduh macam-macam ini ialah kerana mereka sudah rasa kesan kekuatan perjuangan PERKASA,” ujar ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana