Pijak Gambar PM, Tunjuk Punggung.. Pembangkang Usah Berlakon, Cuci Tangan

Pakatan pembangkang tidak perlu berlakon atau ‘mencuci tangan’ lantaran desakan banyak pihak berkaitan tindakan sumbang sekumpulan individu yang memijak gambar pemimpin, menunjukkan punggung dikhalayak ramai dan mendesak supaya bendera Malaysia ditukar.pembangkang yang ternyata cuba berpura-pura dan menafikan penglibatan mereka dalam insiden berkaitan.
“Jangan cuba mahu memperbodohkan rakyat dengan turut sama melemparkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku sedangkan sebenarnya pakatan pembangkang tahu berkaitan perkara terbabit,”
seorang gadis berbangsa Cina berusia 19 tahun yang memijak gambar Perdana Menteri (PM) pada malam berkenaan telah menyerah diri di Balai Polis di Johor Bahru sambil ditemani pemimpin DAP Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Timbalan pengerusi DAP negeri, Norman Fernandez.
“Jelaslah bahawa DAP adalah dalang utama kepada apa yang berlaku pada malam tersebut kerana kelakuan tersebut diinspirasikan daripada apa yang pernah dilakukan oleh pemimpin DAP semasa konvensyen mereka di Perak tiga tahun lalu.”“Inilah keangkuhan dan kesombongan pemimpin pembangkang dan malangnya PAS dan PKR telah diperbodohkan oleh DAP untuk melakonkan babak baru dalam sandiwara mereka,”

“Mereka wajib ditahan dan didakwa mengikut undang-undang negera ini tanpa belas kasihan dan bertindak tegas kerana amaran keras yang diberikan sebelum ini tidak diambil kira.
“Rakyat sudah jemu dengan amaran dan sekiranya tidak ada sebarang tindakan dalam kes memijak gambar PM dan mengibar bendera baru Malaysia ini, maka kita bimbang rakyat akan hilang keyakinan kepada kewibawaan undang-undang negara ini dan hilang kepercayaan kepada Kerajaan yang tentunya akan memberi kesan sokongan rakyat dalam PRU13 nanti.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana