Perhimpunan anjuran Pemuda PAS hanya sandiwara politik...

Banyak mesej tersurat hasil perhimpunan aman membantah pihak yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW sama ada dianjurkan Pemuda UMNO di Masjid Jamek Kampung Baru atau anjuran Pemuda PAS di depan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat.Pertama sudah tentu kedua-dua perhimpunan itu membantah penerbitan filem Innocence of Muslims serta kartun yang menghina agama Islam serta Nabi Muhamad SAW.Cuma perhimpunan di Masjid Jamek yang babitkan 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turut mengecam Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang sengaja menghina umat Islam yang membantah penerbitan filem itu sebagai membuang masa dan tenaga.

Berbeza perhimpunan dianjurkan Pemuda PAS, tidak terdengar kecaman terhadap Ngeh yang juga ahli parlimen Beruas.Enam wakil PAS dan PKR kemudian menyerahkan memorandum bantahan penerbitan filem anti Islam itu kepada Kedutaan Amerika.Mereka adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hasan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Himpun, Mohd Azmi Abd Hamid.
salahuddin300Kenapa perhimpunan aman anjuran Pemuda PAS tidak berani mengecam Ngeh tidak perlu dijelaskan kerana parti itu dan PKR lebih menghormati DAP dan menyanyangi pemimpin-pemimpinnya.

Bagi PAS dan PKR, isu Ngeh itu soal peribadi pemimpin DAP itu bahkan ahli parlimen tersebut sudah memohon maaf kerana tulisan ditwitternya beberapa hari lalu.

Maka jelaslah kini pendirian PAS dan PKR bahawa mereka mengamalkan sikap terpilih dalam soal mempertahankan Islam dan penghinaan terhadap Nabi Muhamad SAW.Sebab itu, syabas kepada Pemuda UMNO dan BN serta NGO lain yang turut mengecam Ngeh dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 2,000 orang di depan Masjid Jamek.Mungkin ada pihak tuduh ini ‘games politik’ tetapi apa ditegaskan Khairy Jamaluddin, Presiden Pesaka Datuk Ibrahim Ali dan Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali serta Mursyidul Am TIBAI, Zahip Md Arip dalam ucapan di perhimpunan itu jelas bahawa Ngeh menghina umat Islam.Maksud mereka, sesiapa sahaja tidak wajar menghina penganut agama lain dan yang berbuat demikian patut dikecam kerana tidak menghormati agama kaum lain.

Sebab itu Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Azeez Rahman yang turut berucap, mengutuk keras tindakan Ngeh yang menghina perhimpunandiadakan oleh umat Islam.Menurutnya, wakil rakyat DAP awal minggu ini menerusi Twitter perlu dikenakan tindakan tegas dan dikeluarkan dari DAP.
"Kita kecam tindakan Koo Ham itu yang menghina tindakan umat Islam untuk mengadakan bantahan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW."Kita bagi tempoh tujuh hari untuk DAP lucutkan jawatan Koo Ham itu, kalau tak dilucutkan kita anggap DAP sokong perbuatan hina agama lain," katanya.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertanya pendirian PAS dan PKR dalam isu Ngeh sama ada berani mendesak DAP pecat pemimpin tersebut.“Ini bukan soal politik tetapi soal pertahankan akidah dan Islam,” katanya.

demokedutaan1Persoalan sekarang, apakah PAS akan terus main wayang dan bersikap hipokrit dalam isu ini?

Jujurkan seruan oleh pemimpin-pemimpin PAS Pusat termasuk Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali yang meminta ahli-ahli PAS menyertai perhimpunan aman itu ?

Jawapannya yang mudah diteka, semua dilakukan PAS hanya satira politik untuk terus kekal berkasih sayang dengan DAP dan tindakan menganjurkan perhimpunan itu tidak ubah ibarat‘Kuman seberang laut nampak tetapi gajah depan mata tidak nampak,”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana