PERGHHHH.....2900 AHLI PAS TEGAR NEKAD KELUAR PARTI KERANA MENDAKWA PAS SUDAH JAUH TERPESONG DAN PERALAT AHLINYA UNTUK WANG RINGGIT BERJUTA

Satu berita yang positif saya terima dari rakan yang mengatakan Rakyat kelantan telah sedar akan penipuan dan cubaan memesongkan akidah pengikut2 PAS di kawasan Parlimen Bachok kelmarin mencatat sejarah apabila 2,900 ahli dan beberapa pemimpin kanan Pas meninggalkan perjuangan parti itu dan beramai-ramai menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Borang kemasukan diserahkan wakil mereka, diketuai bekas Ketua Peti Undi Pas Kampung Sungai, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peropok, Halim Omar, diikuti Ketua Peti Undi Pas Kampung Tepus (Jelawat), Mohd Noor Saamah, dan ahli Pas peti undi Kampung Cherang Laut (Tawang), Harun Yusof.


Ketua Umno bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Perdana, di sini.

Dalam ucapannya, Harun, 35, berkata tindakan mereka menyertai Umno kerana tidak yakin lagi dengan pemimpin Pas yang banyak berdolak dalih dan membohongi rakyat.

Pemimpin Pas banyak bersandiwara dan berselindung di sebalik agama bagi mengabui rakyat supaya menyokong perjuangan Islam Pas, kata beliau yang juga lulusan Usuluddin dan al-Quran dari Universiti Al-Azhar.

Pas sebenarnya sebuah parti pembohong dan ulamanya memecah belahkan perpaduan umat Islam kerana pemimpin parti itu sendiri tidak memahami dengan mendalam agama, menyebabkan rakyat keliru.

Saya berharap rakan dalam Pas insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Umno yang jelas melaksanakan tuntutan Islam, katanya.

Halim, 52, yang juga bekas pegawai waran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Pas gagal melaksanakan janjinya dan tidak mempedulikan masalah rakyat di negeri ini.

Katanya, sikap pemimpin Pas sanggup mengambil tanah rakyat yang diterokai berpuluh tahun di Kampung Chica Bedil, Jeli, membuktikan parti itu menzalimi rakyat.

Sementara itu, Mohd Noor, 61, berkata, kebanyakan pemimpin Pas membawa fahaman agama yang salah apabila mendakwa Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Katanya, pemimpin Pas bijak bercakap tetapi gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat apabila mereka berebut-rebut mengumpul kekayaan.

Beliau berkata, beliau dan pengikutnya keluar Pas bukan kerana kecewa, tetapi rasa insaf mengenai penyelewengan akidah pemimpin Pas dan berbohong kepada rakyat.

 

Lihat Sini...http://pendekarmelayu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana