Penulis blog saman Kor Ming...ha ha ha

IPOH 22 Sept. - Penulis blog, Ahmad Sofian Yahya memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana membuat kenyataan kononnya dia mengaku salah dan menarik balik samannya berhubung dakwaan salah guna kuasa pemimpin tersebut.
Saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Norali & Co di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini semalam.

Dalam saman tersebut, Ahmad Sofian menuntut perintah injunksi mengarahkan Kor Ming menarik balik kenyataan yang berunsur fitnah di laman webnya dan menghalang beliau dan ejen-ejennya mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Dia juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksirkan mahkamah serta kenyataan permohonan maaf secara terbuka oleh Kor Ming di mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana