Pengawal Keselamatan Mati Ditembak, Rakan Menghilangkan Diri...Nampak Sangat Subahat,Mana Mahu Lari...


IPOH 18 Sept - Seorang pengawal keselamatan ditemui mati di dalam sebuah van yang dalam perjalanan membawa wang tunai ke bandar Taiping manakala rakannya menghilangkan diri. Ketua Polis Daerah Taiping ACP Yusof Mohd Diah berkata mangsa, Hasnol Hafiz Saad, 28, ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan beberapa kesan tembakan di badan, manakala rakanya Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, gagal ditemui. "Dalam kejadian pada pukul 3 petang tadi, polis mendapati enam daripada 13 karung wang tunai di dalam van berkenaan yang tidak diketahui jumlahnya turut hilang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Yusof berkata polis sedang mengesan Hafizuddin yang menghilangkan diri dengan membawa selaras senapang. Kedua-duanya adalah pengawal keselamatan di sebuah syarikat di Taiping. Katanya van berkenaan didapati terbabas di bahagian kiri Jalan Tekah-Aulong berhampiran sebuah pasar raya di bandar Taiping.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana