Pelan Pembangunan Pendidikan dari 2013 hingga 2025 yang diumumkan...Pembangkang Pening Pala Dibuatnya

Pelan yang melibatkan 11 anjakan itu akan membawa sistem pendidikan negara ke alaf baru.Kehadiran kedua-dua Perdana Menteri dan timbalannya serentak pada majlis berkenaan di Dewan Planeri KLCC di Kuala Lumpur dengan sendiri dapat mengambarkan betapa pentingnya impak pelan itu keatas negara.
“Kita perlukan pengorbanan dan sumbangan masyarakat untuk rungkai masalah bukannya populisme semborono,”ujarnya. Bagi Perdana Menteri untuk menjadi masa depan anak-anak Malaysia,pemimpin semua peringkat perlu ada keberanian moral untuk tidak politikan bidang pendidikan. “Kita buat semata-mata untuk kepentingan anak anak dan negara bukan tujuan untuk ‘ grandstanding’. Beliau memuji pelan yang dibentangkan oleh Muhyiddin yang baginya sangat komprehensif,demokratik,telus dan berani kerana ambil kira input pelbagai golongan serta pakar dalam dan luar negara.

 Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana