Pas Cuba elak daripada terus berpecah....Tahu Takut

Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengekalkan kedudukan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas itu jelas menunjukkan Pas kini sebenarnya tersepit untuk menjaga kepentingan penyokong yang lebih besar di peringkat akar umbi berbanding untuk menjaga hati rakan-rakan dalam Pakatan walaupun menyedari tindakan itu akan memberi implikasi terhadap persekongkolan mereka dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.Untuk menutup segala kelemahan dan mengelakkan parti itu daripada terus berpecah belah, Pas cuba mengalihkan perhatian apabila mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama itu pastinya akan mengecewakan musuh-musuh politik Pas yang sememangnya mahu melihat parti itu bertindak ke atas Ustaz Nasha seperti mana yang pernah mereka buat ke atas Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini.

Sebenarnya tindakan Pas untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Ustaz Nasha banyak dipengaruhi oleh kesilapan mereka memecat keahlian Dr Hassan Ali sebelum ini yang memberi impak cukup besar kepada Pas terutama setelah Dr Hassan Ali membongkar perjalanan parti itu yang kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan asalnya.Ini kerana kerjasama yang dibentuk oleh PAS bersama DAP dan PKR bukan sahaja menjatuhkan martabat PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi juga menolak jauh parti itu yang kini dibayangi oleh DAP dan PKR. Ramai di kalangan penyokong Pas menyedari perkara itu tetapi mereka tidak berani untuk bersuara seperti mana Ustaz Nasha yang dikenali sebagai pemimpin yang cukup teguh dengan prinsip dan perjuangannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana