MP Nibong Tebal Enggan Mohon Maaf - "Saya Cabar Teo Nie Ching Saman Saya"

PETALING JAYA 5 Sept. - Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng menolak notis undang-undang permohonan maaf dari rakan sejawatnya dari Serdang Teo Nie Ching berkaitan tuduhan yang dibangkitkan beliau sebelum ini.Sebaliknya, beliau mencabar Ahli Parlimen mewakili DAP itu agar menfailkan saman ke atasnya jika benar tidak terlibat dalam penyelewengan menggelapkan dana Sewaan untuk Pusat Khidmat Parlimen Serdang."Saya cabar saman saya. Tak perlu notis untuk minta maaf. Saya dengan jelas menyatakan bahawa anda terlibat. Saya tidak perlu drama ini," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Pada bulan Jun lalu, Tan Tee Beng mendedahkan berlakunya satu kegiatan berbentuk sogokan melibatkan Ahli Parlimen Serdang berjumlah RM18 Ribu menerusi pembantu wakil rakyat tersebut Chan Huan Guan sejak tahun 2009.Akan tetapi, Chan yang mengeluarkan kenyataan mewakili majikannya menafikan kesemua tuduhan yang dilemparkan bekas Ahli Parlimen PKR tersebut. Beliau juga mencabar Tan agar mengemukakan bukti pertuduhan dan menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana