Mana kasut terbang itu Mahfuz?

Imam sebuah masjid di Selayang dalam khutbah Jumaatnya menyentuh insiden baling kasut di sebuah masjid di Kedah.Tidak pelik imam masjid di negeri dikuasai pembangkang itu membesar-besarkan isu tersebut dengan harapan orang ramai mengutuk mereka yang membaling kasut dalam masjid ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan takzirah maghrib, 2 September lalu.Cuma menjadi tanda tanya, benarkah kejadian baling kasut itu atau sekadar helah pembangkang untuk alih isu memijak gambar pemimpin dan mahu menukar Jalur Gemilang yang membangkitkan kemarahan rakyat?

Mahfuz cukup terkenal dengan cerita-cerita dan omong-omong kosong dan mungkin cerita pasal nyaris terkena kasut itu khayalan beliau saja.“Kalau betul ada kasut, tentu awal-awal lagi Mahfuz dan ambil dan tunjuk kasut itu pada jemaah masjid. Tentu lebih kecoh dan publisiti lebih besar...mana dia kasut tu,”Jelas pembangkang semakin terdesak kebelakangan ini kerana tindak tanduk mereka sudah mulai menimbulkan muak dikalangan rakyat. Dan bagi jemaah masjid pula terutama di negeri dikuasai pembangkang, jangan terima bulat-bulat apa khutbah atau ceramah disampaikan imam atau mana-mana penceramah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana