Kupasan Dari Dr Hasan Ali....Mengenai Orang Islam


Dari tinjauan saya, hampir semua berpendapat bahawa umat Islam-Melayu di negara kita semakin hilang kekuatan akibat perpecahan dan pertelingkahan berterusan sesama sendiri. Penyelesaiannya adalah perpaduan, kesepakatan dan penyatuan di kalangan umat Islam di negara ini. Penyatuan dan perpaduan umat mesti dijadikan agenda utama. Agenda ini perlu difahami, dihayati dan dibuktikan dalam bentuk tindakan di peringkat diri, keluarga dan masyarakat luas. Saya sedar ini bukan tugas mudah. Saya juga sedar di saat kita mencanangkan penyatuan dan perpaduan terdapat pihak-pihak yang menentangnya kerana perpaduan umat Islam-Melayu akan menghancurkan harapan dan agenda besar mereka.

Untuk segera merealisasikan cita-cita penyatuan dan perpaduan yang murni ini kita tidak perlu membuang masa untuk terus mencari sebab musabab umat Islam berpecah. Sebaliknya kita seharusnya menumpukan sepenuh tenaga fikir dan membina daya kekuatan baru untuk menggerakkan massa agar rakyat dapat kembali menggunakan akal yang waras yang dapat melihat masa depan generasi pengganti yang akan datang.

Kita boleh berbeza dari segi kefahaman dan pendekatan politik, tetapi kita harus sedar bahawa umat Islam-Melayu seluruhnya mempunyai aqidah yang sama walaupun berlainan parti. Oleh yang demikian sekiranya kita melihat dan merasakan kedudukan Islam dan bangsa Melayu berhadapan dengan ancaman di negara kita sendiri, seharusnya kita boleh mencari jalan, berbincang dan mengambil langkah bersama demi mempertahankannya. Janganlah perbezaan fahaman dan pendekatan politik menjadi sebab untuk kita berpecah dan bermusuh sehingga ada pihak yang akan mengambil kesempatan itu untuk menggugat keagungan Islam, kemartabatan bangsa Melayu dan kedaulatan institusi Raja di Negara kita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana