Konvensyen DAP Perak 'panas' perwakilan kecam Koo Ham

 
IPOH 23 Sept. - Konvensyen DAP Perak Ke-17 yang berlangsung hari ini 'panas' apabila beberapa perwakilan secara terbuka mengkritik cara kepimpinan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham yang didakwa mencetuskan perpecahan yang serius dalam parti itu.Perjalanan konvensyen yang mulanya tenang bertukar tegang apabila beberapa perwakilan bangkit mengkritik kepimpinan Koo Ham termasuk mempertikaikan tindakan pemimpin itu mempersoalkan protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims baru-baru ini.

Suasana panas bermula apabila Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa bangkit dan mendakwa Koo Ham menggunakan akhbar bahasa Cina untuk mengkritik ahli parti itu.
Koo Ham yang dilihat terkejut dengan keadaan itu sekali lagi menerima tamparan apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O. P. Syed Ibrahim pula bangkit mempersoalkan kepimpinannya yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana