KJ gesa PAS tinggalkan Pakatan demi Islam...Inilah Yang Terbaik Untuk Perpaduan Umat Islam


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana mendakwa parti itu bergabung dengan DAP yang tidak menghiraukan sensitiviti penganut agama Islam terutamanya ahli parti komponen itu sendiri.

Mengambil pendekatan protes yang dianjurkan kedua-dua parti itu hari ini menentang filem 'Innocence of Muslim', Khairy berkata Umno dan PAS mempunyai halatuju yang sama dalam mengangkat syiar Islam.

"Tetapi saya tegaskan Pemuda Umno bersolidariti dengan Pemuda PAS, kita bersama dengan Pemuda PAS. Kita tidak macam rakan mereka DAP. Jadi tidak perlu lagi mereka bersama dengan DAP.
"Bagi PAS, eloklah fikir semula, eloklah bermuhasabah dan fikirkan kedudukan mereka dalam Pakatan di mana salah satu rakan kongsi dalam Pakatan langsung tidak menghormati perjuangan asas parti di Malaysia," katanya.

Khairy berkata, tiada masalah untuk berhimpun mempertahankan kedaulatan agama rasmi negara Malaysia tetapi katanya sikap pemimpin politik bukan Islam yang menempelak niat tersebut terutamanya DAP memberi isyarat jelas kepada PAS supaya membataskan kerjasama antara kedua-dua parti itu.

Menurut beliau pemimpin DAP sepatutnya menyatakan sokongan kerana rakannya di dalam PAS turut mengadakan bantahan.

"Saya nak beritahu, kalau inilah pemimpin dan parti yang ada, kita bagi isyarat pada mereka, dalam pilihan raya kita buang mereka," tegas beliau yang merujuk kepada ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang sebelum ini membuat kenyataan di Twitter menyatakan bantahan yang dicadang pemuda Umno sebagai membuang masa.

Perhimpunan hari ini juga tegas beliau berlangsung dengan aman kerana ingin menyatakan bantahan terhadap pembikinan filem anti Islam bertujuan mengaibkan Nabi Muhammad saw.

Tambah Khairy lagi, apa juga bentuk penghinaan di Malaysia langsung tidak boleh diterima oleh rakyat di negara ini.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan Amerika supaya mengambil tindakan tegas ke atas pembikin filem tersebut, Sam Bacile.

Mesej yang ingin dihantar melalui perhimpunan tersebut katanya adalah untuk menyatakan kepada pihak-pihak asing yang tidak bertanggungjawab supaya menghormati orang lain.

Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh bekas Exco Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan orang ramai masih berkumpul di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.
Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menegaskan perbuatan menghina agama adalah perbuatan yang perlu dikutuk habis-habisan.

"Penghinaan yang kita hadapi ini bukan perkara baru. Ia telah lama berlaku.

"Banyak pengajaran yang kita boleh belajar daripada peristiwa-peristiwa ini. Cubaan mereka untuk menghina Islam ialah untuk kita tentukan perbuatan mereka tidak boleh menggugat kepercayaan kita kepada Islam," katanya.

Tambah beliau, dirinya yakin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menerima dana asing adalah tali barut kepada kuasa asing yang cuba mencampuri urusan negara ini.

"Inilah di antara mereka-mereka yang memang membenci Islam. Saya menghormati kebebasan bersuara, tetapi saya tidak akan benar kebebasan menyentuh agama Islam.

"Kalau dulu Datuk Hasan Ali digesa oleh PKR untuk dipecat. Saya nak tanya mereka apa pendirian ke atas Ngeh Koo Ham yang menghina Islam," katanya lagi.

Tegas beliau, umat Islam di negara ini katanya tidak akan sekali-kali berdiam diri apabila agama Islam yang dijunjung dihina oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak kira dari dalam ataupun luar negara.

INILAH MASA YANG TERBAIK UNTUK BERSAMA SAMA UNTUK MENENGAKKAN ISLAM...LUPALAH KISAH LAMPAU....SERUAN KJ AMATLAH TEPAT SEKALI UNTUK PERPADUAN,LAGI PUN DALAM ISLAM SENDIRI MENYURUH KITA BERSATU PADU SESAMA ISLAM DAN JANGAN BERPECAH BELAH SESAMA ISLAM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana