Kibar bendera Sang Saka isu remeh, kata Guan Eng BODOHNYA Jawapannya Ini


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat tidak akan menukar Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia namun enggan mengkritik tindakan sekumpulan penyokong pembangkang yang menngibarkan bendera Sang Saka Malaya.
Sebaliknya Guan Eng menyifatkan isu itu remeh, sekali gus mengikut nada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalahkan Umno kerana memperbesarkan tindakan belia terbabit.
"Pendirian Pakatan Rakyat adalah kita tetap berpegang kepada pendirian bahawa Jalur Gemilang tetap menjadi bendera Malaysia, saya rasa ini tidak harus dipertikaikan," ujarnya ketika ditemui dalam majlis rumah terbuka PAS.
PKR dan Anwar mendakwa tindakan pemuda-pemuda terbabit mengibarkan bendera mirip Singapura itu pada ambang kemerdekaan adalah hak mereka.
Justeru, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan terhadap mereka.
Bagaimanapun polis berkata tindakan pemuda itu perlu disiasat dibawah Akta Hasutan dan mereka telah ditahan untuk diambil kenyataan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Comments

Mari kita gunakan akal yang sihat.

Negara kesayangan Guan Eng adalah Singapura. Boleh tak rakyat Singapura berdemo beramai ramai mengibarkan bendera yang seakan akan bendera Malaysia untuk di gantikan sebagai bendera Singapura semasa perayaan kemerdekaan Singapura. Agak agak Polis Singapura berdiam diri dan mengatakan ianya hal kecil?

Kesimpulannya orang bodoh begini tidak boleh jadi pemimpin tertinggi. Bab sedap ke dia betul. Bab tak sedap ke dia tak betul. Kalau macam ni mahkamah tak berguna pasal tiada undang undang yang tetap.

Asal sedap jer betul. Asal tak sedap tak betul.

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana