Khalid Samad Sudah BIOL Nampaknya .....Asyik Menyalahkan UMNO,BODOHHHH


Ahli Parlimen Shah Alam ,Khalid Samad berpendapat individu yang memijak potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor diupah oleh UMNO untuk dijadikan sebab menghentam Pakatan pembangkang. Khalid dipetik Malaysia Insider semalam sengaja mengaitkan UMNO sebagai memperbaiki imej pakatan pembangkang yang kian terdesak dan memalukan.

Tindakan mengalihkan perhatian dari sikap sebenar para penyokong pembangkang memang dijangka. Ini kerana keadaan yang terdesak menyebabkan mereka melakukan apa sahaja perbuatan yang melampau batas moral dan akhlak rasional demi mencapai matlamat politik sempit mereka. Pemikiran rasional rakyat Malaysia tidak seharus dicemari dengan sikap kepartian terlampau hingga sanggup mencela dan menghina sesuatu pihak tanpa memikirnya implikasinya. Tindakan pihak berkuasa terhadap golongan ini perlu lebih pantas agar perbuatan memijak potret pemimpin negara dan kibaran bendera yang mahu menyaingi Jalur Gemilang dihalang. Para pemimpin politik pembangkang terutama Khalid Samad harus akur batasan undang-undang dan tidak mudah mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain yang dilihat hanya mainan politik sempit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana