KANTOI PEMIMPIN PAKATAN HARAM BERTELAGAH BERKENAAN ISU BENDERA
Bila isu ini semakin menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap pakatan pakatan haram,mulalah masing-masing di pihak PR berbelit lidah mencipta alasan demi alasan untuk mengasingkan diri dari terpalit dengan perbuatan biadap dan tidak patriotik tersebut.Shamsul Iskandar,Ketua AMK PKR dalam satu kenyataan misalnya telah berkata yang rekaan bendera tersebut langsung tiada kaitan dengan AMK mahupun PKR,sedangkan umum mengetahui pencipta asal bendera 'Sang Saka Malaya' adalah Najwan Halimi yang sekarang ini adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR.Manakala AJK PAS Pusat,Idris Ahmad pula dalam pada menafikan hasrat PR untuk menukar bendera Jalur Gemilang,tidak pula secara terbuka berani mengecam tindak tanduk liar yang ditunjukkan oleh peserta Janji Demokrasi yang mengibarkan bendera sang saka Malaya.Sama ada PKR mahupun PAS,sekarang masing-masing mahu mencuci tangan tidak mahu mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan,walhal idea menukar panji negara untuk diubah kepada 'Sang Saka Malaya' datangnya anak didik mereka sendiri.
Sekarang mereka saling bertelagah menuding jari tidak mahu mengakui segala kontroversi yang berlaku itu datangnya dari doktrin mereka yang terlalu mendahulukan politiking kepartian sehingga melupakan peri pentingnya mempertahankan kehormatan panji kemerdekaan tanahair.Justeru itu,janganlah sampai menangis tidak berlagu bila kelak rakyat yang semakin meluat dengan permainan kontroversi yang sengaja dicipta oleh pakatan haram akhirnya membulatkan tekad menghumban mereka dalam pilihanraya akan datang.

Comments