Julie Woon Kongsi Detik Disamun...Berhati hatilah Di Persimpangan Traffic Light

Malang tidak berbau. Itulah yang menimpa personaliti popular 8TV, Julie Woon yang terlibat dalam kejadian samun apabila tingkap kereta dipecahkan ketika berada di lampu isyarat pada 27 Ogos lalu.
Berkongsi detik-detik cemas di akaun Facebook miliknya, kejadian ini berlaku di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama apabila dia didatangi oleh sebuah motosikal dan dalam sekelip mata memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang lalu mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompet tidak diletakkan di dalam beg tangan ketika itu.
Julie juga menambah, sebelum kejadian dia sempat melihat sebuah motorsikal lalu dan melihat ke dalam keretanya dan selang beberapa saat kemudian, datang lagi sebuah motorsikal dan terus memecahkan tingkap kereta.
Kepada pembaca MH, sentiasalah berhati-hati agar kejadian yang menimpa pelakon dan pengacara ini tidak berlaku kepada kita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana