Jet Saya Ditaja - Anwar...Ada Apa Apa Ker Ni?

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan 'tajaan' daripada seorang kenalan.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan 'tajaan' seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya...saya nak pinjam," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.
"Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpengkalan di Kuala Lumpur."Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan," katanya.

Media hari ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet.Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.
"Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook," katanya.Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.
"Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor...tapi tak ada," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana