JANGAN KELIRUKAN UMAT - UMNO BUKANLAH KELOMPOK TOLAK HUDUD KATA USTAZ FATHUL.

Hudud seolah-olah sebagai satu prasyarat untuk menghukum seseorang mempraktikkan Islam atau pun tidak tanpa melihat Islam itu secara syumul, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.

Menurut beliau Hudud adalah juzuk (sebahagian) daripada Islam dan beliau bersetuju dengan mana-mana kenyataan bahawa barang siapa yang mengatakan hukum berkenaan tidak adil, undang-undang lekeh dan Hudud tidak boleh digunapakai boleh membawa kepada kekufuran dan boleh membawa kepada kerosakan akidah.

“Tetapi perlu dibezakan antara golongan atau kelompok yang mengatakan hudud tidak boleh digunapakai dengan hudud belum sesuai dengan masanya untuk dilaksanakan pada hari ini kerana kita ada usaha-usaha yang lain yang sedang kita sedang laksanakan.

“Di samping kita berhadapan dengan realiti dan keadaan masyarakat yang majmuk, pelbagai latar belakangnya, kefahaman masyarakat itu sendiri di tahap yang sangat-sangat lemah tentang hukum itu sendiri makaterpaksa kita lewatkan.

“Ini satu kenyataan yang berbeza dengan tolak hudud. Jadi saya kira untuk kita lebih adil dalam menghukum sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

‘Jangan kerana jenayah sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil ke atasnya. Berlaku adillah sesungguhnya keadilan itu lebih lengkap dan lebih hampir dengan taqwa kepada Allah s.w.t.’

“Maka kita nak hukum teman-teman dari kalangan pemimpin UMNO contohnya kita lihat sumbangan yang cukup besar seperti perbankan Islam, ekonomi Islam, sumbangan dari segi sosial, sumbangan dari sudut pembangunan teknologi yang perlu kita berikan pengiktirafan. Ini juga cabang daripada hukum-hukum Islam,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Kata beliau lagi Islam tertegak daripada tiga elemen iatu akidah, syariah dan akhlak yang mana sebahagian besarnya telah dilaksanakan oleh kerajaan hari ini sewajarnya pengiktirafan perlu diberikan terhadap pelaksanaannya.

“Islam itu tetegak daripada tiga elemen iaitu akidah, syariah dan akhlak. Jadi kita lihat usaha-usaha pemurnian akidah seperti adanya Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang mengetuai dalam soal-soal akidah Islam, ibadah luas, syariah juga luas merangkumi kempen solatnya, pengajaran dan pendidikan soalt dan sebagainya lagi. Ini adalah hal-hal utama yang telah disampaikan. Isu haji, batitulmalnya yang kita perlu berikan pengiktirafan.

“Cuma kita tidak nafikan dalam syariah ini ada satu cabang iaitu hukum hakam berkenaan jenayah Islam. Di bawahnya ada Qisas, adanya Takzir dan Hudud dan Diat masih lagi kita tidak laksanakan disebabkan beberapa faktor dan bukannya bererti menolak tetapi menangguhkan atas faktor tertentu seperti kita nak faham masyarakat Islam dan bukan Islam tentang hudud. Kita sendiri mengambil inisiatif dan sedia untuk memberikan penjelasan sewajarnya.

“Sekali lagi saya nak tekankan Hudud adalah salah satu cabang daripada hukum Islam. Justeru marilah kita sama-sama berusaha sempurnakan yang kurang sempurna. Yang mana telah dilaksanakan berikan pengiktirafan dan jangan sesekali kita ajukan pertuduhan dengan seperti kalian tidak melaksanakan hukum Allah seolah-olah kerajaan tidak pernah melakukan hal-hal yang sesuai dengan kehendak agama ini.

“Bukankah Ekonomi Islam kehendak agama, perbankan Islam kehendak agama, membina masjid kehendak agama, kempen dan pengetahuan solat kehendak agama, sokongan terhadap ibadah haji adalah kehendak agama, zakat dan baitulmal adalah kehendak agama, di mana pengiktirafan kita terhadap kehendak-kehendak agama ini yang telah dilaksanakan oleh pemerintah ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana